PROGRAM AQIL BALIGH
Byadmin
Pilihan pengisian untuk satu-satu program, sangat penting. Ia tentang “content”. Impak atau tidak sesuatu program, ia sangat bergantung kepada “content” program.
Bab cara penyampaian, kemahiran mengendalikan dan aktiviti-aktiviti yang dimasukkan, semua itu lebih melengkapi sesebuah program yang berimpak tinggi.
Dalam Program Aqil Baligh kami, kami pecahkan kepada 3 fokus utama.
1- Halatuju seorang yang aqil baligh sebagai khalifah yang memberi fungsi berkesan kepada sekolah.
2- Komunikasi alam remaja sebagai kemahiran yang wajib dipelajari anak-anak muda yang makin hilang seni komunikasinya.
3- Kesedaran tanggungjawab sebagai seorang yang aqil baligh yang disampaikan melalui akronim PRO-Teen. P (personality), R (responsibility) dan O (optimum). Ia tentang fungsi dan tanggungjawab mereka.
Akhirnya 3 fokus ini di”blend” menjadi satu program yang berkualiti tinggi untuk pelajar-pelajar.
Oh ya, semasa sesi latihan dalam kumpulan (LDK), peserta perempuan dan lelaki memang diasingkan supaya perbincangan mengenai mereka dapat berlaku secara “transparent” tanpa rasa malu dan had.
Apa yang dibincangkan?
Banyak! Bahkan sesuatu yang mereka tidak pernah bertanyakan kepada ibu bapa dan guru mereka sendiri pun sebelum ini. Mybe mereka segan. Jadi, program sebeginilah yang membantu mereka.
Berapa hari yang sesuai untuk program aqil baligh ni?
Saya cadangkan paling pendek, 2 hari 1 malam. Nak banyak lagi pengisian untuk lebih kesan, kita buat 3 hari 2 malam. Recommended!
Ada bonus sesi Motivasi Belajar dari pengasas MotivasiBelajar. Com sendiri. Slot macam ni mahal. Kita bagi bonus.
Ini ialah beberapa gambar kenangan program kami di SMK Bangsar, Kuala Lumpur.
Cikgu-cikgu ada yang nak program macam ni?
Bulan Ogos ada 2 hari masih kosong untuk tarikh hujung minggu. Jom “lock” tarikh cepat ya.
Bantu saya sebarkab info ini boleh? Masih ramai guru yang sedang mencari prpgram sebegini.
Terima kasih semua yang sudi SHARE info ini.