TIP ‘CLOSED DEAL’ PROJEK
Byadmin
Aktiviti membentangkan idea kepada prospek memerlukan kita menguasai banyak perkara penting.
Ini pengalaman saya yang telah berjaya “closed deal” projek 20-40 siri program untuk program-program di bawah motivasipelajar.com untuk satu sekolah sahaja. Dengan izin Allah.
1- Bermula dengan penerangan konsep. Buatkan ia mudah dan menarik. Ia akan memudahkan prospek mudah faham.
2- Berikan emosi semasa pembentangan konsep. Emosi pada permulaan akan mudah memberi kesan besar kepada pendengar.
3- Buka ruang bertanya untuk wujudkan komunikasi dua hala. Kat sini kita dengan mudahnya dapat terangkan isi yang lebih dalam.
4- Paling penting, bila mereka tanya, kita boleh jawab. Itu menampakkan kita betul-betul arif dan bersedia. Dan kita jawab hanya yang mereka nak tahu sahaja.
5- The best thing ialah, ia menjadikan sesi pembentangan bukan lagi sesi yang serius. Tapi ia sesi membina hubungan mesra. InsyaAllah mudah “closed deal”.
Yang ini pula BONUS dan SENJATA! Pastikan ada elemen WOW iaitu sesuatu yang hebat untuk didengari dan unik.
Moga bermanfaat, insyaAllah.